Welcome 2022!

Musibah yang berlaku membuktikan:

1. Harta yang ada, yang diusahakan bertahun-tahun, sekelip mata boleh hilang begitu saja.

Sedih tapi itulah bukti kuasa Allah. Tiba-tiba teringat kisah-kisah kaum terdahulu yang Allah balikkan bumi, letuskan lava gunung berapi, tenggelamkan dalam laut…menggigil rasa.

2. Orang yang disayangi, sekelip mata Allah boleh ambil semula dalam keadaan kita tidak bersedia.

Menangis, meratap, sedih berbulan tidak mampu kembalikan semula yang tersayang. Hanya doa dan amal soleh yang mampu kita bekalkan.

3. Pentingnya alert dengan situasi cuaca terkini dan risiko tempat tinggal sendiri.

Fiona baru kehilangan ayah mertua yang sangat baik akhlaknya pada 26 september lepas. Sedih tapi membayangkan ramai lagi yang kehilangan ibu bapa tersayang dalam wabak covid dan musibah lain, fiona bersyukur ayah mertua pergi dalam keadaan baik, sempurna dan boleh diuruskan kematiannya.

Waktu musibah banjir baru ni, setiap kali hujan lebat, dada jadi berdebar-debar bila membayangkan air empangan mencapai paras bahaya.

Ya kawasan Taman Melawati ni di tepi empangan besar. Tak dapat bayangkan jika empangan pecah, entah apalah malapetaka yang menunggu. Sini juga kawasan biasa tanah runtuh dan pokok tumbang.

4. Pentingnya bersedia dengan beg kecemasan in case terjadi apa-apa bencana alam.

Alhamdulillah fiona dapat banyak guide dari ahli keluarga yang rajin hiking dan camping. Syukur juga sejak kecil arwah abah selalu bawa camping dalam hutan dan laut, jadi serba sedikit ada basic knowledge tentang apa perlu disediakan.

Masuklah group survival. Banyak guide diberi untuk penyediaan beg kecemasan. Biarlah pakar yang bantu bagi guide yang betul pada kita sebab beg kecemasan perlu seringan yang mungkin untuk grab and go.

Oh ya, ada yang jadikan kolam anak sebagai penyelamat barang-barang berharga dalam musibah banjir besar baru ni. Elok terapung dan barang pun selamat dari tenggelam.

Mungkin kita boleh consider beli satu juga.

Dan bolehlah kita semua mula sediakan beg kecemasan seorang satu untuk ahli keluarga. Never ever pau beg kecemasan orang lain okay. Jangan pula nak harap orang lain bawa untuk kita. Kita sebagai ketua keluarga mesti mampu bawa extra item untuk ahli keluarga.

5. Pemimpin mahukan nama semata. Saat musibahlah nampak warna sebenar mereka. Yang ikhlas mungkin 1% saja.

Bayangkan bantuan yang diterima tercetak elok gambar dan logo parti. Sempat pula dia marketkan diri.

Saat inilah nampak kebodohan dan kedunguan mereka menguruskan musibah.

Inilah dia ‘yang berhormat’ Malaysia. Mahu sentiasa dihormati dan dipandang tinggi sedangkan dialah sepatutnya ‘yang berkhidmat’.

6. Rakyat mampu bersatu tanpa campurtangan politik.

Lihat saja bantuan sesama rakyat waktu musibah banjir. Dari selatan, dari utara, dari pantai timur, datang membantu ‘jiran jauh’ yang terkesan. MasyaAllah.

Teruja sangat dengan semangat muhibbah sesama mereka. That’s true Malaysian!

7. Banyak bencana yang berlaku hasil tangan manusia sendiri juga.

Waktu naik Cameron Highlands baru ni, terkejut beruk sungguh bila tengok betapa banyak hutan ditarah mengikut nafsu sendiri. Pemandangan tanah runtuh pula menakutkan sungguh.

Tahun 1990 dulu arwah abah pernah bawa kami sekeluarga naik Cameron. Dalam tempoh 31 tahun, berbeza sungguh suhu tanah tinggi ni. Dah mula rasa panas. Ia seperti suhu biasa selepas hujan di Kuala Lumpur.

Cuma malam saja masih terlebih sejuk. Mungkin juga sebab hujan dan angin kuat.

Itu saja coretan malam 2 januari.

Tahun 2021 dah pun melabuhkan tirai secara rasmi. Banyak musibah besar yang berlaku yang mengubah landskap kehidupan kita semua.

Apapun, syukur kita semua masih bernyawa hingga masuk tahun baru 2022.

8. Alhamdulillah di atas segala ujian, musibah dan nikmat yang Allah berikan. Tidak terjadi apa-apa jika bukan dengan kuasa Allah. Pasti ada hikmah di sebalik musibah.

I’m happy with 2021!

Mastura Rashid

Leave a Comment

Shopping Basket
Scroll to Top