"Isteri yang taat kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah."
Setiap isteri yang melayani suaminya, maka perbuatannya akan meninggikan darjatnya di sisi Allah. Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri adalah melayani suaminya.
- Lebih utama dari ibadah sunnah apa pun. Sebab itu amat rugi sekali wanita yang sibuk dengan zikir, tetapi suaminya diabaikan.
- Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan.
- Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut.
- Bertengkar, bercakap kasar, menipu, berbohong, nusyuz, menyakiti hatinya, memandangnya dengan pandangan rendah dan meninggikan suara.
Laa haula wa laa quwwata illa billaaaah
Wahai para isteri …..
Tiada guna solatmu
Tiada guna majlis yang kau hadiri
Tiada guna puasamu
Tiada guna zikirmu
Tiada guna hajimu
Tiada guna bacaan al-Quranmu
Tiada guna sedekahmu
Sebelum kau meminta maaf kepada suamimu. Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini.
Nabi telah menjelaskan,
Wanita yang menjadikan wajah suaminya berubah, maka tak akan diterima solatnya walau sejengkal. Dalam riwayat, wanita yang menolak untuk melayani suaminya di malam hari, akan dilaknat malaikat hingga pagi hari. Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik. Selagi ada kesempatan minta maaflah. Jadilah isteri yang baik. Jika memang yang kau tuju syurga, itulah jalannya.
Carilah redha suamimu, semoga Allah menyelamatkan kita semua dari perbuatan yang mendatangkan murka-Nya. Baik yang kita sedari atau tidak.
Dalam hadith juga diriwayatkan, ❤️❤️
“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.”
(HR. Ahmad).



