Dari IT ke bidang herba dan kecantikan
Saya adalah seorang graduan Teknologi Maklumat.
Tapi sebenarnya, waktu kecil dulu saya suka sungguh dengan semua perkara berkaitan fantasi dan magik. Maklumlah apabila cuti sekolah saja, filem kanak-kanak waktu itu kebanyakannya tentang dunia magik dan fantasi. Maka, saya pun mula berangan-angan yang satu hari nanti saya akan menjadi seorang ahli sihir baik yang mampu menghasilkan apa saja posyen ajaib untuk kecantikan dan kesihatan manusia lain. Tapi itu hanya fantasi ketika kecil saja. Apabila besar, jangankan hendak jadi ahli sihir, mahu membaca buku tentang sihir pun saya takut.
Saya mula berminat dengan kecantikan, herba dan remedi semulajadi apabila sering mengikut mak waktu tu pergi berurut dan facial. Impian saya mula berubah arah. Tidak lagi mahu menjadi ahli sihir (mengenangkan ia syirik lagilah buatkan saya takut), tapi mula berminat menjadi seorang yang pakar di dalam bidang kecantikan wanita.
Maka bermulalah journey saya mengumpul pelbagai petua dan ilmu tentang herba selama beberapa tahun.
Tahun 2016, saya alami kemurungan. Alhamdulillah saya pulih selepas mengamalkan secara konsisten air daun harimau beranak dan pemakanan sihat. Melihat kesan mujarab daun harimau beranak yang mengagumkan untuk wanita yang pernah bersalin, maka saya pun mula menceburkan diri ke dalam bidang herba secara serius.
Inilah dia, herba pertama yang saya jual, iaitu daun harimau beranak. Ada juga kayu manis Flores, dari Nusa Tenggara, Indonesia.
Daun harimau beranak, herba pertama yang saya jual pada tahun 2016. Tak sangka sungguh sambutan yang diterima sangat meriah. Barulah saya sedar ketika itu, betapa ramainya wanita yang alami masalah berkaitan rahim selepas melahirkan anak.
Langkah seterusnya
Dan tadaaa!
Pada tahun 2017, saya teruskan misi mencapai impian saya di dalam bidang herba & kecantikan dengan mengambil kursus Diploma of Master Herbalist untuk menjadi seorang Certified Herbalist. Bukan itu saja, saya juga meluaskan lagi ilmu pengetahuan tentang herba, pemakanan dan kecantikan dengan mengambil sijil Diploma of Naturopathy, Certificate of Herbalism dan Diploma in Organic Skincare dari institusi luar negara.
Kini, saya sedang meneruskan lagi pengajian untuk mendalami ilmu herba lokal (Malaysia) di bawah tunjuk ajar seorang pakar herba Malaysia. Beliau juga adalah bekas doktor pakar yang pernah berkhidmat selama 40 tahun lamanya di sebuah hospital kerajaan. Kini beliau masih meneruskan kajian tentang herba lokal yang telah dimulakan sejak 20 tahun lalu.
Berita terkini: Guru herba saya, Dr. Abdul Ghani Hussain telah kembali ke rahmatullah pada 18 Mei 2019. Innalillahi wainna ilaihirrojiun. Semoga allahyarham ditempatkan di dalam golongan para solihin.
Saya bermula dengan sebuah makmal kecil yang hanya ada sebuah induction cooker, periuk double boil, beberapa biji bikar, rod kaca dan peralatan-peralatan asas. Herba dan minyak juga saya beli hanya yang asas, untuk penghasilan lip balm. Dari satu jenis produk saja yang dibuat secara handmade, lahirlah produk lain seperti skrub badan, minyak muka, pencuci faraj, lip scrub dan beberapa jenis lip balm. Saya sentiasa perbaiki formula dengan cara belajar melalui trial & error serta maklumbalas pengguna.
DI SEBALIK ZATHURA HERBS
Setelah berkahwin, melahirkan anak dan melalui kehidupan sebagai seorang ibu, saya dapati banyak cabaran hebat yang akan kita lalui.
Perubahan gaya hidup, perubahan penampilan diri dan perubahan kehidupan sosial, di mana kesemua ini membentuk siapa diri kita selepas beberapa tahun.
Saya juga dapati, apabila menjadi seorang ibu, cabaran utamanya adalah:
- Mahu mengekalkan kecantikan dan tahap kesihatan sepertimana sebelum kita melahirkan anak.
- Melalui fasa perubahan wajah, kulit dan tahap kesihatan dalaman wanita, terutama sekali apabila mencecah usia 40an. Kerana ketika inilah perubahan drastik kulit akan berlaku.
- Mendidik anak sebaiknya dengan adab, agama dan juga pendidikan (tambahan pula 3 anak-anak saya adalah anak istimewa yang ada masalah pembelajaran seperti disleksia, adhd dan autism. Kisah mereka boleh dibaca di Blog > My motherhood story).
- Mengatur bajet dan membuat simpanan. Sedangkan diri sendiri berkeinginan untuk di ‘reward’, padahal bajet sangat terhad. Nikmatnya dapat ber ‘me time” seperti mengopi di kafe, memanjakan diri di spa, buat facial dan being alone for a while. Namun semua ini sangat payah apabila bajet terhad, pendidikan anak-anak perlukan belanja yang banyak dan keletihan di siang hari.
Rasa beruntung sungguh apabila minat saya di dalam bidang kecantikan dan herba, kebolehan menghasilkan produk sendiri membolehkan saya berjimat banyak, namun dalam masa yang sama membolehkan saya me ‘reward’ diri sendiri dengan produk ala spa homemade.
Bahagian Blog dan DIY & Natural Remedy saya tulis khas untuk anda.
Mungkin anda juga mempunyai minat seperti saya, menghasilkan produk homemade sendiri. Oleh itu semoga perkongsian saya melalui tutorial, tips dan petua di dalam seksyen ini mampu membantu anda merealisasikan impian.
Petua-petua yang dikongsi adalah apa yang saya kumpulkan dari ibu, ibu mertua, tukang urut dan juga pembacaan sejak bertahun lamanya.
Selain itu, dengan pengalaman saya sebagai seorang formulator produk, mungkin ada produk yang dihasilkan sesuai untuk anda.
Sama-sama kita jalani gaya hidup sihat, supaya kekal cantik dan awet muda walaupun dah semakin berusia.
“There is a fountain of youth: it is your mind, your talents, the creativity you bring to your life and the lives of people you love. When you learn to tap this source, you will truly have defeated age.”
Sophia Loren
Ini antara kelas-kelas herba online yang pernah saya ajar pada tahun 2018. Ada 5 kelas, dengan jumlah pelajar hampir 400 orang. InsyaAllah satu hari nanti, saya akan buka sekali lagi kelas herba online yang lebih lengkap dan tersusun.
Dulu saya ada pelbagai channel media sosial. Tapi kini saya hanya fokus kepada Facebook (utama), Threads dan TikTok saja.
JEMPUT FOLLOW & KEEP UPDATED
Ikuti saya di Facebook, Threads dan Tiktok.
Selain dari berkongsi ilmu kecantikan, ilmu wanita, motherhood journey dan DIY, di ketiga-tiga platform ini juga saya berkongsi promo & progress terkini tentang produk.
Semoga anda dapat manfaat setiap perkongsian saya. Jika ada apa-apa pertanyaan, jangan malu, jangan segan untuk email saya ya, di zathura.my@gmail.com.
Jemput singgah ke kedai herba saya. Klik saja Zathura Shop ini ok.
Hugs & Love,
Mastura Rashid
