Teknik Dry Brush Badan

1. Kebaikan Dry Brushing

Ramai tidak tahu betapa banyaknya manfaat bila kita melakukan aktiviti dry brushing setiap pagi. Ini antara manfaat dry brushing yang perlu anda ketahui:

  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan water retention, iaitu keadaan di mana badan anda menyimpan lebihan air hingga membuatkan muka sembab, dan kaki bengkak
  • Kulit jadi lebih licin, halus dan lembut
  • Mengurangkan bau ketiak
  • Mengurangkan bau peluh
  • Melancarkan perjalanan darah dalam badan

2. Q&A Dry Brushing

1. Adakah boleh dibuat setiap hari?

Tidak. Untuk permulaan, jika anda belum biasa dengan dry brushing, buat 1 kali saja dulu seminggu. Ini kerana, untuk sesi pertama kali, kulit akan jadi sakit dan sensitif.

2. Apa jenis berus yang boleh digunakan?

Jika baru pertama kali, cuba dengan berus jenis nilon kerana ia lembut pada kulit. Jika dah biasa, boleh gunakan berus dari material lain yang lebih kasar.

3. Benarkah ada berus dari bulu khinzir?

Ya, terutama sekali berus dari China. Jadi berhati-hati ya. Baca deskripsi item betul-betul sebelum checkout. Jarang penjual tak letak jenis material dry brush yang dijual. Oh ya, lagi satu ciri-ciri berus dari bulu khinzir adalah warna beige yang bercampur-campur dengan warna coklat.

4. Cara simpan dry brush

Simpan di tempat kering dan jauh dari kelembapan. Jika dry brush anda mempunyai pemegang dari kayu, ia akan mudah sangat naik kulat jika sentiasa terdedah kepada kelembapan. Material berus juga mudah naik kulat. Bimbang ia menyebabkan jangkitan kuman apabila digosok ke kulit yang liang kulitnya sedang terbuka.

3. Cara Dry Brushing

1. Mulakan dry brushing dengan mandi waktu pagi atau sebelum subuh

Mandi sebelum subuh lebih baik kerana waktu ini air masih dingin. Biasanya selepas selesai aktiviti dry brush, liang-liang di kulit akan terbuka. Jadi bila kita mandi dengan air dingin sebagai penutup, efek dia pada mood kita sepanjang hari tu, masyaAllah best sangat!

2. Elakkan mandi air panas

Kerana air panas ini sebenarnya buatkan kita mengantuk. Jadi tak sesuai kalau nak mulakan hari dengan air panas, kecuali baby dalam pantang. Air panas ini juga sesuai mandi sebelum tidur malam. Ia membuatkan kesemua otot dan saraf jadi lebih rileks. Tidur pun lebih lena. Untuk orang yang ada insomnia, minumlah teh chamomile selepas mandi air panas, kerana ia buatkan tidur anda lebih lena. 

3. Sapu body oil atau losyen selepas mandi

Oh ada lagi. Sebelum saya terlupa, dah siap mandi, sapulah badan dengan body oil dan ketika kulit masih lembab. Kerana kaedah ini buatkan kelembapan kulit terjaga, dan kulit akan cepat sangat nampak berseri.
 
Apabila sering melakukan dry brushing, anda akan nampak sendiri perubahan kulit. Tak susah pun kan nak bercantik-cantik dari rumah, terutama sekali jika bajet kita terhad.

4. Mulakan dengan apa yang ada saja dulu

Tak semestinya anda perlu berbelanja banyak untuk cantikkan diri. Jika mahu mulakan dry brushing, beli dry brush di Mr. Diy, di mana berusnya jenis nilon, kerana nilon lebih lembut. Jika tak biasa dengan dry brush, sesi pertama kali akan buatkan kulit rasa sakit, walaupun dengan hanya menggunakan berus nilon yang lembut.
 
Selepas dah biasa, bolehlah tambahbaik kualiti dry brush. Saya suka dry brush dari The Body Shop. Mahal, tapi bila digosok ke badan, aduhai sedap sungguh rasanya. 
 
5. Dan bagaimana nak mulakan sesi beauty care untuk diri sendiri? 
 
Mulakan dengan luangkan masa 10 minit setiap hari. 
Kemudian dari situ kita boleh cuba ubahsuai ikut keadaan dan kelapangan yang kita ada. Walaupun tidak sempurna, namun cukup untuk buatkan kita, ibu-ibu yang harus sentiasa bergerak ini lebih tenang dan gembira. 
 
Baik, jangan lupa cari long brush dan cuba teknik ni ya.
 
Love,
Mastura Rashid
 

Leave a Comment

Shopping Basket
Scroll to Top