BELAJAR TENTANG BAHAN
Saya akan kongsikan tentang bahan-bahan yang biasa dan boleh digunakan dalam pembuatan produk. Boleh juga jadi rujukan untuk anda yang mahu DIY produk sendiri, kerana ini juga antara bahan-bahan yang sering saya gunakan di dalam pembuatan produk seperti lip balm, minyak payudara, v-oil, v-care, serum dan masker.
Ini antara proses-proses ekstrak herba ketika menghasilkan produk oil-based tidak lama dulu.
Sebelum itu, kita mulakan dengan topik Tentang Kulit terlebih dahulu supaya kita boleh faham apa yang berlaku pada kulit kita sendiri, dan bagaimana cara merawat masalah-masalah ini.
TENTANG KULIT
Berat kulit manusia adalah sekitar 2.7 kilogram. Kulit kita terdiri dari 2 jenis lapisan, iaitu lapisan luaran dan dalaman.
Gambar di bawah ini adalah anatomi kulit manusia yang terdiri dari 3 lapisan utama iaitu hipodermis, dermis dan epidermis.
Hipodermis
Mempunyai lemak yang menjadi shock absorber dari kecederaan dan penebat haba (mengawal suhu badan).
Dermis
Lapisan tengah yang mengandungi saraf, kelenjar peluh, folikel rambut, salur darah, reseptor sakit dan sentuhan serta rangkaian kolagen kulit. Lapisan dermis memberikan kulit fleksibiliti dan kekuatan.
Epidermis
Lapisan ini bertindak sebagai pelindung kepada lapisan yang lain. Sel kulit yang mati akan digantikan oleh sel dari lapisan di bawahnya. Dan keseluruhan sel di epidermis akan bertukar ganti setiap 27 hari. Tetapi apabila kita semakin tua, proses ini akan menjadi lebih perlahan.
Selama ini kita dimomokkan kulit terdiri dari 4 jenis iaitu normal, berminyak, kering dan kombinasi.
Sebenarnya, sifat kulit kita sangat dinamik. Kita boleh bangun tidur dengan kulit berminyak atau kering. Dan pada tengah harinya, kulit kita berubah kepada kombinasi.
Punca kepada kulit yang berubah-ubah ini lebih kepada gaya hidup kita sendiri, samada diet, hormon, aktiviti, produk dan berapa cukup air yang kita minum setiap hari.
Untuk wanita, jenis kulitnya berubah-ubah mengikut kitaran haidnya. Rujuk gambarajah di bawah beserta penerangan.

- Kulit berubah menjadi berminyak, kesat dan mudah ditumbuhi jerawat selama 12 hari. Jika dilihat pada jadual, kulit berubah kepada fasa ini pada hari ke-22 hinggalah 4 hari selepas tamat kitaran 28 hari.
Pada fasa ini, water retention sangat teruk hingga menyebabkan perut menjadi buncit, kaki sedikit bengkak dan bawah mata ada lingkaran gelap. Sesetengah wanita mudah mendapat alergi ketika ini.
Kita digalakkan untuk bersenam supaya bengkak air dapat dikurangkan, dan kulit jadi lebih bersih. Jangan lupa cuci muka dan pakai toner ya.
- Kemudian kulit berubah menjadi kering dan bersisik pada permulaan kitaran bulanan haid, iaitu antara hari ke-5 hingga hari ke-10. Minum lebih banyak air, dan makan lebih banyak lemak sihat untuk mengekalkan keanjalan kulit.
- Pada hari ke-11 hingga ke-21, kulit mula normal semula, dan nampak berseri kemerahan. Pastikan tidur cukup supaya hormon stress tidak menyebabkan gangguan pada kulit.
- Blackheads, blemishes dan jerawat – Keradangan dan jangkitan pada kelenjar sebum (minyak) atau/dan folikel rambut.
Tips: Gunakan activated charcoal untuk membersihkan kelenjar yang tersumbat.
- Ekzema – Radang kulit yang menyebabkan kulit melepuh, kasar, pecah dan gatal. Atopic eczema adalah petanda bahawa sistem imun tubuh sedang bermasalah.
Tips: Mandi dengan colloidal oats yang ditambah ke dalam air dan garam laut mati, kemudian sapu shea butter atau minyak avokado selepas mandi untuk meredakan keradangan dan memperbaiki kondisi kulit.
- Psoriasis – Kondisi ini menyebabkan kulit mengalami kitaran hidup yang sangat pantas. Proses yang pantas ini membuatkan kulit jadi bersisik dan penuh tompokan merah.
Tips: Mandi dengan colloidal oats yang ditambah ke dalam air dan garam laut mati, kemudian sapu shea butter atau minyak avokado selepas mandi untuk meredakan keradangan dan memperbaiki kondisi kulit. Untuk ratakan sisik yang berkumpul di kulit, skrub badan dengan garam.
Rosacea & kemerahan – Rosacea menyebabkan saluran darah di muka mengembang, dan membuatkan pipi serta hidung menjadi merah menyala. Tips: Boleh cuba sembur muka dengan toner pegaga atau green tea untuk kurangkan kemerahan dan keradangan.
- Hyperpigmentation – Kulit mempunyai tompok gelap (dark spots) dan tak sekata. Biasanya terjadi akibat penghasilan berlebihan melanin. Tips: Boleh cuba natural remedy menggunakan hirisan kentang, jus lemon dan kunyit. Bahan aktif dalam produk yang boleh dicuba adalah niacinamide.
- Sensitiviti biasa – Kulit akan keradangan akibat faktor luaran seperti dari produk yang digunakan, pendedahan kepada cahaya matahari, angin, habuk dan air tercemar. Boleh terjadi pada semua peringkat umur. Antara masalah biasa adalah rasa gatal, kulit kemerahan, rasa terbakar dan rasa pedih. Tips: Jika masalah berlaku akibat produk, berhenti guna produk tersebut. Jika disebabkan faktor persekitaran, lindungi muka dengan face mask, guna air mineral, dan pakai topi yang lebih besar. Natural remedy yang boleh dicuba adalah sapu kulit dengan minyak kelapa, zaitun atau avocado.
- Paraben
- Formaldehyde
- Phthalates
- Diethanolamine dan triethanolamine
- Diazolidinyl urea dan imidazolidinyl urea
- Sodium lauryl sulfate/laureth sulafte, ammonium laureth sulfate
- Propylene glycol
- PVP/VA copolymer
- Nanoparticles
- Fragrance (synthetic) kerana boleh menyebabkan masalah asma dan radang saluran pernafasan
- Triclosan
- Toluene
- Sunscreen chemicals kerana boleh menyebabkan kulit menjadi gelap
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
The Good Habit:
- Jauhi makanan berproses, makanan dalam tin dan makanan segera
- Bersenan dan minum banyak air
- Buat menu pelbagai yang lengkap makro dan mikronutrien.
- Makan banyak kekacang sihat
The Good Fighters:
- Herba dan rempah ratus seperti bawang putih, kunyit, halia, kayu manis, cayenne
- Avokado
- Kekacang seperti kacang hijau, kacang merah
- Air rebusan tulang
- Coklat
- Sayuran seperti brokoli, bok choy, kobis, kale, sengkuang air
- Sayuran hijau gelap
- Buah-buahan seperti strawberry, blueberry, buah sitrus
- Teh hijau
- Minyak sihat seperti minyak zaitun dan kelapa
- Bijirin seperti chia, flax, labu, bijan
- Kekacang seperti badam, gajus, pistachio
- Ikan tinggi minyak omega-3 seperti tuna, kembung, salmon
The Good Probiotics:
- Yogurt
- Tempe
- Keffir
- Kimchi
- Miso
- Sayur jeruk
The Bad Culprit:
- Perisa, pewarna artificial
- Lemak jahat seperti saturated fat, trans fat
- Daging berproses seperti burger, hotdog, nugget
- Susu kerana boleh menyebabkan masalah jerawat dan bisul di kulit makin teruk. Susu juga boleh menyebabkan kahak semakin banyak
- Makanan segera, bergoreng, berproses, jenis karbohidrat ringkas
- Gluten
- MSG
- Air manis, soda
- Gula dan segala jenis gula kerana ia boleh menyebabkan insulin resistance
Saya kongsikan 5 rutin harian saya yang lebih ringkas dan pantas, sesuai untuk ibu-ibu yang tidak sempat berlama-lama untuk rutin penjagaan kulit muka kerana sibuk dengan kerja hakiki sebagai seorang isteri dan ibu.
Sejak Fermented Rice Water dihasilkan, rutin harian saya menjadi lebih ringkas. Tapi kulit tetap bersih, halus dan lembab.
Yang paling penting untuk saya adalah mencuci muka, memakai essence dan serum, dan akhir sekali pelindung matahari.
Oh jangan lupa guna Pegaga Clay Mask (boleh guna apa-apa masker muka), 2 kali seminggu untuk kulit yang lebih sihat dan bebas dari tersumbat dengan minyak dan kotoran.
Siang hari (pagi – petang):
- Cuci muka
- Pakai toner atau essence
- Pakai serum
- Pakai pelembab (bila kulit rasa terlalu kering saja)
- Pakai pelindung matahari

- Cuci muka
- Pakai masker muka seperti Pegaga Clay Mask
- Pakai toner atau essence
- Pakai serum
- Pakai moisturizer malam (boleh gantikan dengan face oil)
MINYAK BOTANI
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Minyak kelapa adalah minyak yang sesuai untuk penduduk negara tropika, kerana sifatnya yang sejuk dan menyembuh. Minyak kelapa tinggi antioksidan dan bersifat antibakteria. Maka ia sangat bagus dimasukkan ke dalam produk penjagaan badan. Ia meningkatkan keanjalan dan proses penyembuhan kulit.
Minyak kelapa dara lebih baik berbanding minyak kelapa biasa, kerana waktu minyak diproses, nutriennya masih terpelihara. Tetapi untuk minyak rambut, sebaiknya guna minyak kelapa hijau.
Minyak kelapa dara adalah bahan utama yang saya gunakan di dalam semua jenis lip scrub dan sesetengah lip balm.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Kesesuaian: Untuk semua jenis kulit
Sifat: Non-comedogenic
Minyak zaitun kaya dengan squalene, asid lemak dan antioksidan. Sapuan minyak zaitun ke kulit boleh menghentikan penghasilan berlebihan minyak di kulit, dan sangat bagus untuk masalah kulit kering ekstrim akibat ekzema dan psoriasis.
Mempercepatkan proses penyembuhan kulit dari parut baru, menggelupas dan bersisik. Menambah keanjalan kulit.
Minyak zaitun bersifat noncomedogenic iaitu tidak menyumbat pori kulit. Sifatnya yang meresap jauh ke dalam lapisan kulit sangat membantu kulit jadi cepat lembut, halus dan anjal semula.
Antara produk yang saya hasilkan dari minyak zaitun adalah Healing Lip Balm.
HERBA
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
BUTTER
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
WAX
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
BAHAN AKTIF
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.
Bahagian ini akan dikemaskini tidak lama lagi.






































