MAKLUMAT PRODUK & CARA GUNA

Beautifying V-Oil dihasilkan untuk membantu para wanita mendapatkan semula rupa faraj yang cantik & keyakinan yang hilang selepas melalui proses kehamilan dan melahirkan anak. 

Bahan: Olive squalane, evening primrose oil, rice bran oil, calendula oil, geranium oil, vitamin E
Isipadu: 50ml

Minyak faraj yang berkesan untuk mencantikkan semula bahagian intim kaum wanita. Bahagian intim inilah yang sering buatkan kita rasa rendah diri apabila ia mengalami perubahan rupa dan warna yang ketara, hasil dari proses fitrah kita sebagai wanita, iaitu mengandung, bersalin, hubungan seks, peningkatan usia dan juga peningkatan berat badan.
 
Kenapa anda perlukan V-Oil?
Dihasilkan untuk membantu para wanita terutamanya isteri yang alami perubahan faraj yang ketara selepas bersalin. 
 
Siapa sesuai gunakan Beautifying V-Oil?
Remaja dan dewasa 18 tahun ke atas, termasuk ibu hamil, wanita aktif bersenam yang sering melecet celah peha, ibu yang baru bersalin, dan sesiapa saja yang mahu menjaga kecantikan faraj.
 

Jika anda ada masalah seperti di bawah:

  • Gatal merenyam hingga mengganggu aktiviti harian
  • Bibir faraj & celah peha gelap sehingga menimbulkan rasa malu ketika bersama
  • Mempunyai masalah bisul dan jerawat faraj yang tak surut
  • Kulit sekitar faraj kasar dan berparut
  • Bibir faraj kendur dan tak menarik
  • Bulu faraj kasar dan menyebabkan miang
  • Sering melecet celah peha akibat dari aktiviti bersenam (contoh: briskwalking) hingga parut lecet menjadi gelap
  • Ibu hamil yang mahu kurangkan risiko koyakan ketika bersalin
Fungsi V-Oil
  • Mencerahkan semula kawasan faraj
  • Menganjalkan dan menggebukan semula bibir faraj yang kendur
  • Menghalus dan melicinkan bibir faraj yang berkedut
  • Memudarkan parut akibat bisul, jerawat dan kesan bercukur
  • Melembutkan bulu di sekitar faraj
  • Boleh dijadikan sebagai minyak urutan perineum apabila masuk trimester kehamilan
Q&A V-Oil
 
1. Berapa lama boleh nampak perubahan selepas menggunakan V-Oil?
Bergantung pada tahap masalah anda. Jika anda hanya gatal-gatal dan ada jerawat di bahagian faraj, insyaAllah dalam masa 1-3 hari sudah sembuh.
 
Ramai pelanggan beri feedback, dalam masa 7 hari kawasan faraj mereka sudah mula menunjukkan perubahan warna, kurang rasa gatal dan rasa lembut yang ketara.
 
2. Bila tarikh luput V-Oil?
Tarikh luput 1 tahun dari tarikh pembelian. Setiap minyak dihasilkan mengikut batch sale. 
 
3. Berapa lama tempoh penggunaan V-Oil?
Minyak dengan isipadu 50ml ini boleh digunakan antara 30-45 hari.
 
4. Cara guna V-Oil?

Rujuk cara guna Beautifying V-Oil di bawah.

 
5. Boleh gunakan sebagai pelincir?
Tidak digalakkan. Minyak ini untuk kegunaan kawasan luaran faraj saja.
 
6. Bolehkan V-Oil digunakan ketika hamil?
Ya. Bahan-bahan yang digunakan sangat lembut, dan sangat membantu faraj ibu-ibu mengandung bebas bau, gatal, jangkitan kulat dan gelap.
 
7. Bolehkah V-Oil digunakan ketika haid?
Ya. Sapu di celah kelangkang untuk kurangkan gatal-gatal akibat penggunaan pad/heavy flow.
 
Beautifying V-Tox dihasilkan untuk deep cleansing (detoks) kulit faraj dari sisa minyak, sisa peluh, daki & juga smegma (daki putih celah bibir faraj). Digunakan sebelum memakai Beautifying V-Oil untuk meningkatkan keberkesanan produk faraj yang digunakan.
 

V-Tox juga membantu V-Oil yang digunakan tidak berbau masam apabila bercampur dengan peluh, minyak dan discaj yang keluar di faraj.

Bahan: Rose Floral Water, Herbal Extract (Witch Hazel, Licorice Root), Ylang-ylang Oil, Niacinamide, Vitamin V5, B6, C & E
Isipadu: 50ml
Kenapa anda perlukan V-Tox?
Kerana ramai yang masih tidak tahu kepentingan untuk detoks kulit bahagian intim dan kawasan sekitar (termasuk bahagian intim lelaki). Sebagaimana ketiak dan kulit kepala mengumpul peluh dan daki, begitu jugalah bahagian intim kita. Lagi-lagi kawasan ini sentiasa tertutup, berpeluh dan lembap.
 
Apabila pori kulit tersumbat, jerawat mudah naik. Bukan itu saja, pelbagai masalah kulit juga akan berlaku.
Jadi apabila kulit bahagian intim didetoks, sel kulit mati akan ditanggalkan, dan pori yang tersumbat juga akan dibersihkan. Malah peredaran darah juga menjadi lebih lancar, dan kulit menjadi lebih bersih.
 
Siapa sesuai gunakan Beautifying V-Tox?
Remaja dan dewasa 18 tahun ke atas, termasuk ibu hamil, wanita aktif bersukan, ibu yang baru bersalin, dan sesiapa saja yang mahu menjaga kesihatan kulit faraj.
 

Jika anda ada masalah seperti di bawah:

  • Banyak daki putih celah bibir faraj (smegma) yang gatal dan berbau busuk
  • Banyak jerawat/bisul, ingrown hairs, blackheads & whiteheads di kawasan faraj
  • Gelap celah peha dan bibir faraj
  • Peluh yang berbau masam dan menjejaskan keyakinan diri
Maka Beautifying V-Tox boleh:
  • Deep cleansing pori tersumbat.
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat dan cantik
  • Mencerah dan melembut kulit faraj
  • Mengawal pengeluaran peluh dan elakkan bau kepam
  • Mengurangkan ingrown hairs, jerawat dan blackheads
  • Mengurangkan smegma (daki melekit warna putih di celah bibir faraj)
  • Menyegar bahagian faraj dengan bau harum bunga kenanga yang sangat seksi

Mengurangkan bau badan dan alternatif kepada deodorant komersial.

Bahan: 100% garam mineral gunung berapi

Berat: +-90g

Clari-bar sangat sesuai untuk orang yang:

  • Ada masalah bau badan kronik
  • Alami kegatalan, keradangan dan iritasi pada ketiak setelah memakai deodoran komersial
  • Ada kesan hitam pada ketiak dan leher
  • Berkulit sensitif dan mudah alergi dengan bahan dalam deodoran komersial
  • Remaja yang mempunyai bau badan kronik akibat perubahan hormon
  • Tak gemar memakai deodoran komersial yang diketahui mempunyai banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan
  • Ada masalah kaki berbau dan kulat air di celah-celah jari kaki akibat pemakaian stokin yang terlalu lama dan peluh yang terperangkap di celah kaki

Kerana Clari-Bar sangat berkesan untuk:

  • Menghilangkan bau peluh pada ketiak dan badan sepanjang hari, walaupun hanya digunakan sekali saja waktu pagi
  • Mencerahkan bahagian ketiak yang gelap, termasuklah belakang leher
  • Mengecutkan jerawat pada badan
  • Menghilangkan bau kaki busuk, terutama sekali apabila dijangkiti kulat air
  • Hapuskan kulat air pada kaki dan celah-celah jari

Cara guna:

  1. Guna selepas mandi. Basahkan Clari-Bar, gosok saja ke ketiak, kawasan yang mudah mengumpul bau masam peluh dan kawasan bermasalah seperti jerawat (kecuali muka).
  2. Untuk bahagian ketiak, selepas digosok, jika ada bau busuk ketiak melekat di Clari-Bar, bilas Clari-Bar, dan gosok semula ke ketiak.
  3. Ulang sehingga bau ketiak tidak lagi melekat di Clari-Bar. Ini untuk memastikan tiada sisa-sisa peluh dan bau yang boleh menjejaskan keberkesanan Clari-Bar.

Ini biasa berlaku apabila anda mempunyai badan ketiak dan badan yang sangat kronik, terutama sekali apabila liang kulit di kawasan ketiak tersumbat yang menyebabkan ketiak dipenuhi dengan biji-biji putih, dan sering tumbuh jerawat atau bisul.

 
Memulihkan kesihatan badan dan emosi ibu bersalin.
 
Bahan: Daun harimau beranak yang telah dikeringkan secara semulajadi
 
Berat: 15g
 
Siapa perlukan daun harimau beranak?
  • Ibu berpantang. Memulihkan kestabilan emosi dan kesihatan badan ibu-ibu selepas bersalin. Tak perlu makan jamu lain jika amalkan daun harimau beranak. Jika diamalkan secara berterusan sejak awal kelahiran bayi, insyaAllah ibu akan terasa sangat cergas dan boleh membuat kerja-kerja ringan mulai hari ke-7.
  • Orang yang selalu alami masalah sejuk-sejuk dan kebas. Biasanya dialami oleh orang-orang tua.
  • Orang lelaki dan perempuan yang alami masalah sembelit, buasir, lemah-lemah badan, angin medu, sakit urat dan aliran darah yang tak lancar.
  • Suami dan isteri. Yang ada masalah hubungan suami isteri yang hambar dan sukar terangsang.
  • Wanita tua dan muda. Yang ada masalah rahim jatuh, kembang hingga mengganggu urusan harian. Wanita yang selalu alami darah istihadhah juga sesuai amalkan.
 
“Clear complexion with secret from the east.” 
Meringkaskan rutin skincare harian anda.
 
Bahan: 100% pure fermented rice water
Isipadu: 50ml
 
Siapa sesuai gunakan Fermented Rice Water?
Lelaki dan wanita yang berusia 25 tahun ke atas, yang kulitnya sudah mula menunjukkan tanda penuaan seperti jeragat, garis kedut halus di hujung mata dan mulut.
 
Jika anda ada masalah kulit seperti di bawah:
  • Kulit kusam
  • Kulit kasar
  • Sunburn hingga kulit jadi sensitif & gelap
  • Warna kulit tak sekata
  • Jerawat halus
  • Pori terbuka dan besar
  • Kulit berminyak teruk
  • Kulit kering dan bersisik
  • Garis kedut halus di hujung mata, bawah mata dan hujung mulut
Maka fermented rice water ini sangat sesuai untuk anda.

Membakar lemak, mengurangkan sakit sendi, mengurangkan water retention, mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman ibu bersalin dan meningkatkan kualiti kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya.

Bahan: Lemon, madu, bawang putih, halia bentong, cuka epal

Isipadu: 350ml

Kenapa anda perlukan Happy Juice?
Senaman dan diet yang dilakukan sangat berkesan dengan amalan minum jus ni. Resipi asal telah ditambah baik dengan kombinasi bahan-bahan dan mesin yang lebih berkualiti (Kuvings heavy duty cold press juicer), yang menghasilkan perahan jus sebenar tanpa hampas.

 

1. Jika anda:

  • Sedang berusaha menurunkan berat badan dengan cara natural dan selamat tanpa kesan sampingan. Badan akan kekal bertenaga dan proses fat burning lebih efektif. Bahan-bahan yang digunakan boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Maka proses fat burning jadi lebih cepat dan efektif.
  • Mahu jadikan intermittent fasting (IF) sebagai gaya hidup tapi dalam masa yang sama mahu kekal bertenaga.
  • Mahu bersenam tapi susah berpeluh dan bimbang sakit otot keterlaluan. Maka Happy Juice Halia Bentong ini sangat sesuai diminum untuk kurangkan keradangan dan cepatkan badan berpeluh.
  • Ibu-ibu yang sedang berpantang. Proses penyembuhan luka akan jadi lebih cepat kerana kandungan vitamin C yang tinggi dalam jus. Berat badan juga akan cepat turun, journey to the toilet akan jadi lebih aman, badan tidak kembang air, aliran darah lebih hangat dan kondisi kulit juga akan bertambah baik. Jus halia bentong buatkan badan ibu hangat sepanjang hari.
  • Selalu kembung perut dan senak dada akibat angin.
  • Orang tua yang ada masalah sakit lutut dan sakit sendi. Halia sangat bagus untuk masalah sakit sendi.
  • Ingin menjaga kesihatan saluran darah dari kolestrol tebal.
  • Mudah diserang asma waktu cuaca sejuk. Happy Juice Halia Bentong buatkan dada rasa lebih hangat dan selesa.

Maka Happy Juice Halia Bentong sangat sesuai untuk anda amalkan setiap hari!

2. Adakah sesuai untuk ibu hamil dan menyusu?

Ya. Ibu menyusu pasti ingin dapatkan berat badan idaman bukan? Ibu menyusu akan kerap makan kerana cepat lapar hasil dari kalori yang terbakar banyak setiap kali selesai menyusu. Maka segelas Happy Juice Halia Bentong setiap pagi mampu membuatkan lemak ibu terbakar dengan lebih cepat, kerana ia meningkatkan kadar metabolisma badan. Tambahan pula aktiviti menyusu mampu membakar sehingga 500 kalori sehari.

Untuk ibu hamil pula, segelas Happy Juice mampu mengurangkan rasa loya, mual, pening dan senak dada di trimester pertama. Ini akan menyebabkan kelesuan dan rasa tidak bermaya. Apabila kandungan makin besar, ibu akan mengalami masalah water retention yang teruk yang menyebabkan kaki ibu bengkak-bengkak dan sukar berjalan. Maka segelas Happy Juice Halia Bentong sangat membantu masalah ini. Mulakan dengan 1/2 sudu besar saja. Ubah sukatan apabila sudah serasi.

3. Adakah sesuai untuk pesakit gastrik?

Boleh, dengan syarat alas perut dulu sebelum minum. Bukankah doktor juga akan nasihatkan perkara yang sama, iaitu wajib alas perut di waktu pagi supaya tiada acid reflux berlaku yang mengakibatkan gastrik bertambah teruk?

4. Adakah sesuai untuk pesakit kencing manis, darah rendah dan darah tinggi?

Untuk kencing manis, ya kerana ramai pesakit kencing manis kini mempunyai bacaan gula dalam darah yang lebih stabil selepas amalkan Happy Juice. Gabungan bahan-bahan seperti bawang putih, halia dan cuka epal sangat membantu gula dalam darah stabil semula. Ada yang berkongsi cerita kencing manis suaminya kini terkawal selepas amalkan Happy Juice, sedangkan sebelum ini beliau dah cuba pelbagai cara namun gagal.

Untuk darah rendah/tinggi, tiada masalah. Mulakan dengan 1/2 sudu besar saja.

TAPI AWAS, JIKA ANDA PESAKIT BUAH PINGGANG, ANDA TAK BOLEH MINUM JUS INI KERANA IA BERSIFAT DIURETIK (membuatkan anda kerap kencing).

5. Bolehkah berat badan turun dengan Happy Juice?

Ya. Ada yang dah hilang 5kg selepas amalkan Happy Juice Halia Bentong ini selama sebulan. Pastikan anda minum waktu pagi dan ambil sarapan ringan. Jangan pula telan 5 pinggan nasi lemak ya.

Buatlah juga light exercise selain dari house chores yang biasa anda buat setiap hari. Serius badan akan lebih cepat berpeluh. Janganlah harap dengan minum jus ni saja akan kurus. Banyakkan bergerak. Turun naik tangga pun dah ok.

Just kickstart your metabolisme and sweat till wet.

6. Adakah Happy Juice mempunyai pengawet, pewarna atau bahan kurus?

Tidak. Mustahil untuk saya gunakan bahan-bahan sebegini yang memudaratkan. Konsep produk-produk Zathura adalah produk alami tanpa kesan instant yang menggunakan bahan memudaratkan.

7. Adakah sesuai diminum ketika sedang haid?

Ya boleh dan digalakkan. Sangat bagus untuk meredakan senggugut, kembung perut, senak dan kejang perut yang menyebabkan badan sakit hingga mengerekot. Bila senggugut, pasti badan kita rasa sejuk-sejuk kan? Maka segelas Happy Juice Halia Bentong mampu melegakan rasa sakit dan memanaskan badan.

8. Adakah orang lelaki pun boleh amalkan Happy Juice?

Ya, sangat digalakkan terutama sekali untuk lelaki yang alami kelesuan selepas bekerja berat hingga menjejaskan hubungan intim bersama isteri.

Jangan risau, Happy Juice tiada herba wanita yang boleh menyebabkan kelelakian anda merundum secara tiba-tiba. Tahu tak, bahan-bahan dalam Happy Juice Halia Bentong sangat membantu meningkatkan aliran darah ke alat sulit dengan cemerlang!

Bawang putih dan madu antara bahan efektif yang merangsang aliran darah ke seluruh badan dengan lancar.

Lelaki yang bekerja berat, minumlah segelas dua Happy Juice untuk tenaga berpanjangan ya.

9. Berapa lama sebotol boleh diminum?

Saiz 350ml boleh diminum sehingga 23 hari.

Jangan risau ya. Happy Juice adalah jus yang dimasak dengan sangat lama dengan tujuan meningkatkan ketahanan apabila disimpan pada suhu bilik. Untuk ketahanan lebih lama, hanya perlu simpan di dalam peti sejuk saja.

10. Adakah Happy Juice tidak pecah apabila dipos?

Dulu Happy Juice tidak mempunyai kotak. Namun selepas beberapa insiden pecah dan pihak courier tidak mahu memberi pampasan, maka Happy Juice kini sudah mempunyai kotaknya sendiri. Kotak jenis keras, tidak mudah kemek dan risiko pecah sangat rendah. Kami juga membungkus Happy Juice menggunakan double layer bubble wrap.

11. Apakah aturan minum ketika berpuasa?

Jadikan Happy Juice sebagai refreshing drink waktu berbuka. Caranya 2 sudu besar Happy Juice ditambah ke dalam 500ml air. Buat cair saja. Tak perlu pekat.

Boleh juga diminum waktu bersahur. Kaedahnya sama seperti kaedah minum waktu berbuka.

Pedas namun sungguh menyegarkan!

 
Merawat, melembut dan mencerah bibir gelap.
 
Bahan: Rose & calendula infused in virgin olive oil, cocoa butter, shea butter, propolis, beeswax, candelilla wax, carnauba wax, rose oil
 
Berat: 5g
 

Kenapa anda perlukan Healing Lip Balm?

Lipbalm istimewa yang dihasilkan khas dari bunga ros dan propolis. Kedua-dua bahan alami ini telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk merawat masalah kulit dan mencantikkan semula kulit yang bermasalah. Untuk masalah bibir gelap, propolis sangat baik untuk meneutralkan semula warna bibir dan mengembalikan bibir merah yang sihat.

1. Jika anda:

  • Mempunyai bibir yang sensitif dan mudah luka
  • Mempunyai bibir yang kasar dan kering
  • Mempunyai bibir yang hitam akibat salah guna lipstik/produk bibir yang ada banyak bahan kimia
  • Gemarkan bibir yang lembab tanpa pewarna
  • Mahukan pelembab bibir yang boleh dipakai pada bila-bila masa termasuk di rumah
  • Mahukan pelembab bibir yang selamat dan natural tanpa bahan kimia yang merosakkan bibir

 2. Maka Healing Lip Balm ini adalah pelembab bibir paling sesuai kerana:

  • Mengandungi minyak zaitun dara yang diinfuse bersama bunga mawar dan calendula, minyak pati mawar, propolis, shea butter dan cocoa butter
  • Mengurangkan kesan hitam di bibir
  • Merawat bibir luka, kering dan berdarah
  • Mengurangkan kesan UV matahari
  • Mengelakkan bibir dari cepat berkedut
  • Melembab dan jadikan bibir cantik, halus dan licin
  • Menanggalkan kulit kering di bibir

Healing Lip Balm juga boleh digunakan sebagai eczema balm. Sapu saja ke tempat yang sedang keradangan, kering, luka atau bersisik.

Toggle Content

Merawat bibir gelap, menghaluskan bibir, melindungi dari sinar UV dan memperbaiki warna asal bibir.

Bahan utama: Minyak kelapa dara, minyak argan, minyak lavender, beeswax, candelilla wax
 
Berat: 3.5g
 

Kenapa anda perlukan Lip Blush?

  • Mengandungi minyak kelapa dara, shea butter, minyak argan dan minyak pati lavender.
  • Ditambah pelindung matahari untuk mengelakkan bibir hitam, kering, kecut dan berkedut.
  • Mengurangkan kesan hitam di bibir. 
  • Merawat bibir luka, kering dan berdarah.
  • Melindungi bibir dari sinar UV.
  • Mengelakkan bibir dari cepat berkedut.
  • Melembab dan jadikan bibir cantik, halus dan licin.
  • Menanggalkan kulit kering di bibir.
  • Boleh dijadikan blusher selain lip balm.
  • Jika anda perokok, lip blush boleh mengurangkan kesan hitam bibir, kecut, kering ekstrim dan kedut akibat kesan merokok.
  • Mengekalkan kelembapan bibir walaupun ketika cuaca sejuk dan panas ekstrim.
 
Memulihkan kulit yang keradangan akibat ekzema dan sesuai digunakan sebagai 1st mild cleanser untuk remaja yang mempunyai bau badan busuk dan badan berjerawat.
 
Bahan utama: daun moringa, minyak delima
 
Berat: +-80g
 
Kenapa anda perlukan Moringa Soap?
Antara sabun berherba yang paling berkesan untuk:
 
  1. Bayi yang kulitnya masih sensitif dan halus
  2. Orang tua yang kulitnya nipis dan mudah alah pada sabun komersial
  3. Remaja yang mempunyai kulit muka berminyak dan berjerawat
  4. Mengurangkan bau badan
Efek Moringa Soap pada kulit selepas guna:
  1.  Melembutkan kulit kasar dan berkuping
  2. Merawat luka-luka kecil di kulit
  3. Mengecutkan jerawat, terutama sekali jerawat remaja yang baru akil baligh
  4. Mencerahkan kulit yang kusam dan gelap

Mencerah, memudar parut, mempercepat proses penyembuhan kulit & regenerasi sel kulit dan memberi kesan reverse aging pada kulit.

Bahan utama: Aqua, allantoin, olive oil peg-7 esters, hyaluronic acid, pure centella asiatica extract

Berat: 30g

Beli di sini: Zathura Herbs Pegaga Face Serum

Kenapa anda perlukan Pegaga Face Serum?
Herba pegaga adalah herba yang terbukti secara saintifik sebagai reverse-aging herb. Maka serum ini dihasilkan khas untuk membantu para wanita yang sudah masuk usia matang di mana kulit sedang alami kemerosotan keanjalan dan keremajaan.
Senaman muka setiap pagi dan diet yang baik juga sangat berkesan dalam membantu kulit lebih sihat dan remaja.
 

Jika anda ada masalah kulit seperti di bawah:

  • Kulit muka dan leher kendur
  • Kulit kusam
  • Kulit kering
  • Ada garis kedut
  • Berparut
  • Sunburn
  • Berjeragat
  • Tekstur kulit yang ‘leathery’ akibat sering terdedah kepada cahaya matahari. Tekstur leathery ini tebal, keras dan mempunyai lubang-lubang tekstur kasar seperti barangan kulit

Maka Pegaga Serum ini sangat sesuai untuk anda!

Cara guna:

Hanya pakai 2 kali sehari, iaitu pagi dan malam sebelum tidur, kondisi kulit akan bertambah baik. Pakai selepas Fermented Rice Water untuk kesan yang lebih baik.

 
Isipadu: 120ml
 
Jika anda ada masalah kulit seperti:
  • Kulit sensitif
  • Kulit kering
  • Kulit berminyak, kombinasi dengan masalah jerawat
  • Kulit yang sering naik rashes dan keradangan
  • Kulit rasa tegang dan terik setiap kali selepas mencuci muka
  • Kulit muka sering rasa berbahang
Dan,
  • Sukar mencari pencuci muka sesuai
  • Sering bertukar-tukar pencuci muka
  • Sering terdedah kepada matahari dan sunburn
Maka pegaga face wash ini sangat sesuai untuk anda!
 
Kesan instant yang dapat dirasai selepas mencuci muka dengan Pegaga Face Wash:
  • Kulit rasa bersih, lembut dan licin
  • Minyak di muka lebih terkawal
  • Jerawat kecut dan pori lebih kecil
  • Kesan sunburn cepat reda
  • Kulit rasa nyaman dan dingin, kerana sifat pegaga yang menyejukkan.
  • Kulit tidak rasa terik dan tegang, kerana lapisan minyak natural di muka tidak terganggu selepas cucian
Mengapa saya memilih pegaga sebagai bahan utama Pegaga Face Wash?

Kerana pegaga terbukti secara saintifik ada fungsi reverse-aging. Bukan itu saja, pegaga juga terbukti secara saintifik boleh:

  • Meredakan keradangan kulit
  • Menggalakkan penghasilan kolagen kulit
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif
Mengapa saya tidak menggunakan bahan yang banyak seperti pencuci muka lain? 
Kerana, 
  1. Lesser ingredients, better result. Kerana saya boleh fokus kepada kualiti dan keberkesanan bahan, bukan kuantiti bahan
  2. Mahu khasiat pegaga dapat dirasai secara optimum tanpa gangguan bahan-bahan lain
  3. Mahu face wash ini sesuai untuk semua jenis kulit yang berusia 18 tahun ke atas
 
Merapi, merapat, merawat dan meningkatkan kepuasan hubungan intim bersama suami.
 
Bahan utama: Kacip Fatimah, Sirih, Roselle, Manjakani, Daun Pudina
 
Berat: 30g
 
Kenapa anda perlukan V-Serum
Dihasilkan untuk membantu para wanita terutamanya isteri yang alami perubahan faraj yang ketara selepas bersalin. Senaman kegel (kemut) dan diet yang berkaitan juga sangat berkesan dengan sapuan V-Care ni.
 

Jika anda ada masalah seperti di bawah:

  • Faraj longgar hingga hubungan seks jadi hambar dan hilang nikmat bersama
  • Seluar dalam sentiasa basah dan perlukan pantyliner sentiasa
  • Gatal merenyam hingga mengganggu aktiviti harian
  • Faraj gelap yang menimbulkan rasa malu ketika bersama
  • Faraj berbau dan menganggu aktiviti seks bersama suami, dan juga menimbulkan rasa tak selesa ketika di tempat orang ramai
  • Mempunyai masalah bisul dan jerawat faraj yang tak surut
  • Alami smegma dan kegatalan berulang
  • Kulit sekitar faraj kasar dan berparut
  • Bibir faraj kendur dan tak menarik
  • Wanita berusia yang alami faraj longgar, kekenduran dan sering terkencing ketika batuk, ketawa, lompat

Maka V-Care sangat sesuai untuk anda!

Cara guna:

Hanya pakai 2 kali sehari, iaitu pagi dan malam (sebelum tidur), masalah faraj akan berkurangan. Tak perlu bilas dengan air selepas pakai. V-Serum sangat ringan, tidak melekit dan mudah meresap, sama seperti tekstur serum.

*Bermula Oktober 2023, V-Care dinamakan sebagai Rejuvenating V-Serum.

Menenangkan rasa gelisah dan cemas, memberi rasa mengantuk dan membantu para ibu menenangkan anak-anak istimewa yang mudah tantrum dan meltdown.

Bahan: Minyak bunga matahari, akar valerian lavender, magnesium, vitamin e
 
Isipadu: 40ml
 
Bagaimana terhasilnya Sleep Oil?
Alhamdulillah, Allah kurniakan ilham pada saya untuk menghasilkan minyak tidur ini di saat saya sendiri sedang berasa restless, mood swing teruk dan beremosi ketika dalam proses berhenti dari gula dan kafein mendadak.
 
Minyak yang dihasilkan dari akar valerian ini sangat berkesan iuntuk masalah insomnia, stress, depresi, gelisah dan restless.
 
Jika disapukan pada tapak kaki anak-anak 30 minit sebelum waktu tidur mereka, insyaAllah sangat berkesan.
 
Akar valerian, iaitu bahan utama minyak ini pernah digunakan pada askar-askar yang sering mengigau, bermimpi buruk dan histeria ketika Perang Dunia Pertama. Akar valerian juga digunakan untuk menstabilkan emosi, dan memberi ketenangan pada pesakit dalam perubatan ayurveda.
 
Minyak ini baunya akan menjadi pelbagai versi, bergantung pada pengguna. Ia sangat berkait rapat dengan apa yang otak kita proses apabila bau ini masuk ke dalam hidung. Asalnya bau valerian root memang tidak sedap. Tetapi apabila diinfuse bersama herba-herba lain, baunya akan menjadi harum saat disapu ke kulit.
Shopping Basket
Scroll to Top