Produk Zathura Herbs bebas dari alkohol, minyak mineral, hidrokuinon, merkuri, SLS, paraben, petrolatum, pewarna dan pewangi sintetik yang memberi hasil cepat namun merosakkan kulit dalam jangka masa panjang.
BAHAN NATURAL DAN ORGANIK
Produk Zathura Herbs dihasilkan dari gabungan bahan-bahan natural dan organik yang diperolehi secara lokal dan import.
Air bunga diimport sepenuhnya dari Australia, Bulgaria dan Iran. Manakala minyak botani dan herba-herba pula ada yang diperolehi secara lokal, dan luar negara seperti USA dan Morocco.
Kebanyakan produk Zathura adalah handmade, antaranya lip balm, lip scrub, balm, minyak untuk penjagaan badan dan bahagian intim wanita, minyak sensual, serum dan face wash.
SELAMAT, LEMBUT DAN BERKESAN
Kebanyakan produk yang dihasilkan adalah selamat untuk semua peringkat umur kerana menggunakan bahan-bahan yang lembut tanpa bahan kimia berbahaya. Ia juga berkesan kerana menggunakan bahan-bahan berkualiti dan formulasi yang sentiasa ditambahbaik.
Hampir kesemua produk Zathura memberikan hasil yang memberangsangkan di dalam masa yang singkat. Dan setiap produk telah melalui fasa ujian dalam menilai tahap keberkesanan dan keserasian pada pelbagai jenis kulit, umur dan masalah yang dihadapi.